• Warga SKB

    Sekolah Kebangsaan Bachok mempunyai seramai 52 orang Guru dan 9 orang kakitangan sokongan

    Read More
  • PUSAT SUMBER SEKOLAH

    SEMPENA BULAN BAHASA. SEMUA PELAJAR BOLEH MENDAPATKAN BUKU-BUKU TERBARU DI PUSAT SUMBER SEKOLAH. PELAJAR BOLEH MEMINJAM 2 BUAH BUKU DALAM MASA 4 HARI ATAU MEMBACA DI PUSAT SUMBER SEKOLAH...

    Baca Lagi
  • SK Bachok Terindah

    Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1920. Lokasi pertama sekolah ini ialah disebelah balai polis lama iaitu berhampiran Pantai Irama, Bachok.

    Read More

Monday, 15 August 2016

PERUTUSAN GURU BESAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. 
       Saya amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya Sekolah Kebangsaan Bachok dapat membina Laman Blog  dengan sempurna.
      Laman Blog sekolah ini merakamkan banyak perkara berhubung dengan sejarah dan perkembangan semasa Pendidikan di sekolah Kebangsaan Bachok. Ia mencakupi sejarah pembukaan sekolah, profil sekolah, perkembangan  dan Perancangan akademik, perkembangan Hal Ehwal Murid dan perkembangan Ko-kurikulum serta pelbagai lagi fakta dan maklumat yang boleh dijadikan rujukan dan renungan masa depan.
      Harapan saya dengan terbinanya Laman Blog sekolah ini akan menjadi pendorong kepada semua murid dan warga sekolah untuk meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Bachok ini.
     Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan yang kurang dan lemah itu daripada saya sendiri.
     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa penerbitan Laman Blog  Sekolah yang telah berusaha gigih untuk menerbitkan   Profil Sekolah ini..
Sekian Wasallam.


Wednesday, 10 August 2016

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN BACHOK

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bachok telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Wan Abd.Samad bin Wan Salleh, seorang bekas pegawai kerajaan yang telah bersara dan bekerja sebagai “ Petition Writer”. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1920. Lokasi pertama sekolah ini ialah disebelah balai polis lama iaitu berhampiran Pantai Irama, Bachok.
              Pada awal pembukaan, SekolahKebangsaan Bachok hanya mengandungi sebuah bangunan yang membentuk  dua bilik darjah dan satu bilik lagi menempatkan guru-guru. Dalam setiap bilik darjah, ia hanya mampu menampung 25 orang murid dan kelas hanya dibuka untuk darjah satu hingga darjah empat sahaja. Manakala pada tahun 1941, setelah meletusnya Perang Dunia Kedua , sekolah ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu dan dibuka semula pada tahun 1942. Menjelang tahun 1950, kelas telah ditambah hingga ke darjah enam dan sekolah telah dipindahkan ke tapak sekarang iaitu ditepi Padang Majlis Daerah Bachok yang dulunya menjadi milik Sekolah Kebangsaan Bachok.
Dalam tahun 1960, Sekolah Kebangsaan Bachok telah dibahagikan kepada dua nama iaitu Sekolah Kebangsaan Bachok (Lelaki) dan Sekolah Kebangsaan Bachok (Perempuan). Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bachok (Lelaki) ialah En.Wan Ali Bin Wan Abdullah manakala Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bachok (Perempuan) ialah Pn wan Sepiah Bt Wan Isa.
Pada tahun 1969, sekolah ini digabungkan semula dengan nama Sekolah Kebangsaan Bachok. Kemudian Sekolah Kebangsaan Bachok berkembang maju dengan keramaian murid melebi 500 orang dan guru seramai 20 orang. Menjelang tahun 1974, sekali lagi tapak bangunan sekolah berpindah ke bangunan sekarang iaitu Blok A ( 2 tingkat ) dan Blok B ( 1 tingkat ) dengan keramaian murid lebih 600 orang. Satu lagi blok Bangunan C telah dibangunkan  pada tahun 1980 hasil kerjasama orang ramai melalui Persatuan IbuBapa dan Guru ( PIBG ) yang dapat menyediakan empat buah bilik darjah baru.
Dalam tahun 1987, pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah membaiki sekolah ini serta menyediakan kemudahan elektrik ke bangunan B dan C. Turut disediakan juga kemudahan kipas untuk setiap bilik darjah bagi membolehkan murid belajar dengan selesa. Satu tahun kemudian, Jabatan Pendidikan Negeri telah membina bangunan kilat dengan lima bilik darjah. Sekali lagi dalam tahun 1990, Jabatan Pendidikan Negeri telah membina satu lagi bangunan sumber untuk tiga buah bilik darjah dan dalam tahun yang sama juga terbinanya sebuah lagi bangunan hasil gotong-royong dengan empat buah bilik darjah.
Sehingga ke hari ini Sekolah Kebangsaan Bachok telah mempunyai enam blok bangunan bilik darjah dengan bilangan murid seramai 758 orang serta bilangan guru seramai 56 orang. Kelas Pra-sekolah mula dibuka di Sekolah Kebangsaan Bachok pada tahun 1992.

Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Bachok berada di bawah pentadbiran Tn.Hj.Nik Mohamed Bin Awang selaku Guru Besar, Pn.Hjh.Zakiah bt Awabi sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, En.Azman Bin Mahmood sebagai Penolong Kanan HEM, dan Tn.Hj.Ibrahim Bin Daud sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum